Puan Rose terkejut apabila Puan Anita letak wang hantaran 50 ribu. Dia terpaksa menangguhkan pertunangan anaknya. Puan Rose sebenarnya mahu Ariff kahwin dengan gadis yang setaraf pendidikan dengannya. Zain masih mengekori Ariff. Ariff mula berubah hati atas hasutan ibunya. Dia mula menjauhkan diri daripada Suhana. Tuan Hamid merisik Suhana dan Puan Anita terus bersetuju. Suhana yang menyangka orang yang masuk meminangnya adalah Ariff berasa gembira mendengar berita itu.